Taklimat Kdb & Penerangan Miv Komuniti Tambun Tulang

17 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2019, pihak pengurusan Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan program bersama komuniti dalam mendedahkan Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan pendedahan berkaitan MIV MYTV Freeview. Program yang diadakan Di Pusat Internet Tambun Tulang disertai oleh 30 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan pengguna media social dan ICT yang semakin membangun supaya tidak disalahgunakan. Pendedahan ini penting kepada ibu bapa bg memantau anak-anak dalam melayari website atau media social. Kebaikan dan keburukan juga perlu diketahuan. Pendedahan ini bermanfaat untuk melahirkan individu yang berkhemah. Pendedahan MYTV Freeview adalah untuk menyatakan program kerajaan yang ingin menamatkan analog TV dan bertukar kepada Digital TV.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali